Blogger Widgets

Wednesday 1 June 2050

Salam sejahtera semua!! Selamat datang ke blog saya. Saya berharap anda dapat berasa seronok dan mendapat suatu maklumat yang berguna untuk anda.

Nama saya Chin Hing Ka dan anda semua boleh memanggil saya Alex Chin. Saya berasal dari Sarikei, Sarawak, Malaysia. Bandar ini sangat terkemuka dengan hasil laut dan buah-buahan terutamanya nenas. Hobi saya ialah memasak, mengumpul stamp dan banknote, serta memancing.Saya telah habis SPM (2002), STPM (2004) di SMK ST Anthony, Sarikei dan selepas itu sambungkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dengan mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Biologi Dengan Pendidikan. Saya telah tamat pengajian pada tahun 2008. Sekarang saya sedang mengambil kursus Ijazah Sarjana Pendidikan Biologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Saya mula bertugas sebagai seorang guru pada 10.11.2008 di Limbang, Sarawak. Tempat ini berada di antara negara Brunei Seri Bagawan. Sekolah pertama yang saya ditugaskan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang, Limbang. Sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, Iban, Bisaya, Penan dan sebagainya. Perkara pertama yang terpaksa belajar di Limbang yang Bahasa Melayu tempatan yang hasil daripada campuran dengan Negara Brunei. Selain itu, saya juga belajar cara berkomunikasi dalam sosiobudaya yang pelbagai ini.

Saya merupakan seorang guru Biologi dan Matematik di sekolah saya untuk bidang kurikulum. Dalam bidang kokurikulum, saya merupakan seorang jurulatih bola tampar peringkat sekolah, pengurus jualan dan stok Koperasi SMK Limbang, ketua penasihat persatuan bola keranjang, guru penasihat kelab memasak dan Warrant Officer untuk persatuan Brigade Putera. Saya juga bertugas sebagai pegawai aset bagi sekolah SMK Limbang. 

Saya merupakan seorang guru yang suka berkawan dengan murid-murid. Oleh yang demikian, pelajar lepasan SPM saya akan selalu cari saya untuk minum bersama. Konsep saya sebagai seorang guru ialah kita perlu rapat dengan budak untuk mengurangkan jurang di antara guru dengan murid. Hubungan interpersonal ini amat penting dalam komunikasi dua hala dan juga semasa PdP. Semasa waktu matematik saya suka duduk bersama murid-murid semasa latihan diberikan. Dengan itu, murid akan rasa lebih mesra dengan guru dan suka berkomunikasi dengan guru. Selain itu, saya suka guna facebook dan wechat untuk membina group berdasarkan kelas masing-masing supaya boleh sentiasa berhubung dengan mereka. Perkara yang paling saya gembira ialah mereka memang anggap saya sebagai seorang kawan dan selalu berkongsi perasaan dalam group masing-masing.

Akhir sekali, layani orang sebagaimana yang kita ingin dilayani, menghormati orang lain sebagaimana yang kita ingin dihormati dan mengajarlah seperti yang kita ingin diajari.




No comments: