Salam sejahtera semua!! Selamat datang ke blog saya.
Saya berharap anda dapat berasa seronok dan mendapat suatu maklumat yang
berguna untuk anda.
Nama saya Chin Hing Ka dan anda semua boleh memanggil
saya Alex Chin. Saya berasal dari Sarikei, Sarawak, Malaysia. Bandar ini sangat
terkemuka dengan hasil laut dan buah-buahan terutamanya nenas. Hobi saya ialah
memasak, mengumpul stamp dan banknote, serta memancing.Saya telah habis SPM
(2002), STPM (2004) di SMK ST Anthony, Sarikei dan selepas itu sambungkan
pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dengan mengambil kursus Ijazah
Sarjana Muda Biologi Dengan Pendidikan. Saya telah tamat pengajian pada tahun
2008. Sekarang saya sedang mengambil kursus Ijazah Sarjana Pendidikan Biologi
di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Saya mula bertugas sebagai seorang guru pada
10.11.2008 di Limbang, Sarawak. Tempat ini berada di antara negara Brunei Seri
Bagawan. Sekolah pertama yang saya ditugaskan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan
Limbang, Limbang. Sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,
Cina, Iban, Bisaya, Penan dan sebagainya. Perkara pertama yang terpaksa belajar
di Limbang yang Bahasa Melayu tempatan yang hasil daripada campuran dengan
Negara Brunei. Selain itu, saya juga belajar cara berkomunikasi dalam
sosiobudaya yang pelbagai ini.
Saya merupakan seorang guru Biologi dan Matematik di
sekolah saya untuk bidang kurikulum. Dalam bidang kokurikulum, saya merupakan
seorang jurulatih bola tampar peringkat sekolah, pengurus jualan dan stok
Koperasi SMK Limbang, ketua penasihat persatuan bola keranjang, guru penasihat
kelab memasak dan Warrant Officer untuk persatuan Brigade Putera. Saya juga bertugas
sebagai pegawai aset bagi sekolah SMK Limbang.
Saya merupakan seorang guru yang suka berkawan dengan
murid-murid. Oleh yang demikian, pelajar lepasan SPM saya akan selalu cari saya
untuk minum bersama. Konsep saya sebagai seorang guru ialah kita perlu rapat
dengan budak untuk mengurangkan jurang di antara guru dengan murid. Hubungan
interpersonal ini amat penting dalam komunikasi dua hala dan juga semasa PdP.
Semasa waktu matematik saya suka duduk bersama murid-murid semasa latihan
diberikan. Dengan itu, murid akan rasa lebih mesra dengan guru dan suka
berkomunikasi dengan guru. Selain itu, saya suka guna facebook dan wechat untuk
membina group berdasarkan kelas masing-masing supaya boleh sentiasa berhubung
dengan mereka. Perkara yang paling saya gembira ialah mereka memang anggap saya
sebagai seorang kawan dan selalu berkongsi perasaan dalam group masing-masing.
Akhir sekali, layani orang sebagaimana yang kita ingin
dilayani, menghormati orang lain sebagaimana yang kita ingin dihormati dan mengajarlah
seperti yang kita ingin diajari.